fbpx
Beijing

Cara Permohonan Visa China Bagi Rakyat Malaysia

Nak melancong ke China? Apa yang korang perlu sebagai langkah pertama adalah visa. Visa diwajibkan untuk rakyat Malaysia ke China. Untuk memastikan anda tidak membuang masa ketika membuat visa, seeloknya anda perlu tahu dokumen yang diperlukan agar anda tidak perlu datang semula kerana dokumen tidak lengkap. Borang permohonan boleh dimuat turun di sini.

Untuk lebih memudahkan urusan anda juga boleh terlebih dahulu mengisi borang permohonan visa secara online di website dan kemudian cetak. Ini juga dapat menjimatkan masa anda.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Borang permohonan visa
  2. Passport asal dgn tempoh sah laku lebih 6 bulan
  3. Salinan passport
  4. Dua keping gambar pasport saiz biasa dan latar belakang putih
  5. Salinan tiket “flight return”
  6. Salinan surat beranak( Bawah 18 tahun)

Lokasi Pejabat Permohonan Visa China

Pejabat di Kuala Lumpur

Alamat: Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, MalaysiaB

Waktu Operasi: Monday-Friday. Closed on Saturdays,Sundays and Public Holidays.

Waktu Penyerahan Permohonan: 9:00am to 3:00pm

Waktu Kutipan Pembayaran: 9:00am to 4:00pm

Maklumat Perhubungan 
Call: 603 2176 0888    
Fax: 603 2161 2234
E-mail: klcentre@visaforchina.org

Pejabat di Penang

Alamat: Ground Floor,17 Lebuh Bishop,10200 Georgetown,Pulau Pinang

Waktu Operasi: Monday-Friday. Closed on Saturdays,Sundays and Public Holidays.

Waktu Penyerahan Permohonan: 9:00am to 3:00pm

Waktu Kutipan Pembayaran: 9:00am to 4:00pm

Maklumat Perhubungan 
Call:  603 2176 0888
Fax:  604 2519 785
E-mail: penangcentre@visaforchina.org

Proses Permohonan Visa China

Anda boleh buat temujanji atau “Walk In“. Untuk penjimatan masa anda, anda digalakan untuk membuat temujanji di website. Bila anda sampai di pejabat visa china, anda tak perlu beratur panjang, anda hanya perlu memberi tahu pada “guard” yang bertugas, bahawa anda sudah set temujanji. Mereka ada sediakan “Special Lane” untuk mereka yang set temujanji. Apabila sampai giliran anda, bawa semua dokumen permohonan ke kaunter.

Mereka akan memeriksa semua dokumen tersebut dan jika tiada sebarang masalah mereka akan serahkan slip untuk pungutan semula visa china. Pada slip itu ada tertera waktu visa china anda boleh diambil. Kebiasaanya proses permohonan visa ini tidak melebihi 4 hari waktu bekerja. Pembayaran akan dibuat pada hari visa anda diambil.

Proses permohonan visa akan mengambil masa 4 hari. Maka, anda perlu mengambil kira masa sebelum terbang ke China. Cuba elakkan membuat permohonan visa China pada minit-minit terakhir. Ini bagi mengelakkan anda daripada tidak dapat terbang ke China kerana tiada visa.

Selepas 4 hari, anda boleh datang membuat pungutan dikaunter dengan membawa bayaran dan slip pungutan. Anda juga dibenarkan untuk buatkan visa orang lain. Cuma pastikan ketika penyerahan pemohonan, segala dokumen haruslah lengkap dan juga tandatangan pada borang tersebut.

Kredit: https://goo.gl/images/eqNolT

Bayaran Permohonan Visa China

Visa terbahagi kepada beberapa kategori:

  1. Single entry (boleh masuk sekali sahaja dalam tempoh 3 bulan)
  2. Double entries ( 2 kali masuk dalam masa 6 bulan)
  3. Multiple entries ( tempoh 6 bulan)
  4. Multiple entries (tempoh 12 bulan)

Harga Visa China (Rujuk Harga Terbaru Disini)

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
Close Menu
×

Cart