fbpx
257-cqifvn14-1-child-admission-to-maps-perak-10

Masuk Percuma Ke MAPS Mulai 1 Mac

Ini merupakan satu berita baik buat anda yang tidak pernah lagi berkunjung ke Movie Animation Park Studios (MAPS) yang terletak di Ipoh, Perak. Ini kerana anda dibenarkan masuk secara percuma ke taman tema tersebut mulai 1 Mac ini.

Pasti ramai yang ingin mencuba taman tema animasi pertama di Asia ini tetapi mungkin kerana harga tiket yang agak mahal menyebabkan niat itu terpaksa ditangguhkan.

Mulai 1 Mac 2019, para pengunjung tidak lagi perlu membayar tiket masuk ke Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata selepas ini, para pengunjung hanya perlu membayar bagi mendapatkan kupon untuk mereka merasai kesemua tarikan yang ada di dalam taman tema tersebut.

Menurut laman Facebook MAPS, bayaran serendah RM3 akan dikenakan bagi menikmati keseronokkan permainan yang ada dalam MAPS ini.

Antara yang menarik di MAPS ini adalah:

Waktu operasi MAPS selepas ini akan beroperasi pada jam 4 petang sehingga 12 malam bagi hari Isnin, Selasa dan Khamis manakala, bagi hari Jumaat dan hujung minggu, MAPS akan beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

SUMBER: PERAK TODAY

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
Close Menu
×

Cart