fbpx
Penangguhan-Pembayaran-PTPTN-Dan-Kelebihan-Lain-Yang-Bakal-Anda-Perolehi-Daripada-Kerajaan-Baru-Malaysia--696x365

Penangguhan Bayaran PTPTN, Tiada Sekatan Imigresen

Berita baik buat peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kementerian Pendidikan akan mengutamakan penangguhan pembayaran wang pinjaman untuk graduan yang berpendapatan bawah RM4,000.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, semalam menyebut peminjam yang belum memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada sebarang pembayaran.

Tambah beliau, tindakan ini berkuat kuasa serta-merta untuk memenuhi janji 100 hari selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya.

Menurut menteri pendidikan, pengecualian pembayaran ini bukanlah pemansuhan sepenuhnya tetapi jika peminjam yang belum mencapai gaji RM 4,000 ingin meneruskan bayaran PTPTN amatlah dialu-alukan sebagai tanda tanggungjawab individu tersebut.

Harap dengan penanguhan bayaran ini mampu membantu golongan muda untuk meringankan kos sara hidup.

Tunggu apa lagi, anda dah boleh rancang semula plan untuk melancong luar negara yang sudah terkubur beberapa tahun lepas dan rancanglah perjalanan anda sebaik-baiknya. Jangan lupa bayar balik pinjaman PTPTN anda. Selamat melancong!

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart