fbpx
51771441_1091994030980357_4944806705562124288_n

Pengalaman Bercuti 4H3M Atas Kapal Star Cruises Superstar Gemini Dengan Bajet RM1375.50 Seorang

Kini semakin menjadi trend dengan pakej pelayaran kapal mewah dengan harga mampu milik dan tempoh masa yang lebih fleksibel untuk orang awam. Kalau Dahulu kita tak pernah mengimpikan percutian di atas kapal mewah ini.

Ramai yang tertanya tanya, apakah aktiviti-aktiviti di atas kapal ketika berlayar.Adakah sesuai untuk keluarga? Ada masalh mabuk lauk ke? Kami akan kongsikan pengalaman En Rasyid ketika beliau menyertai pakej star cruise superstar gemini dari port klang.

Pengalaman Bercuti 4H3M Atas Kapal Star Cruises Superstar Gemini Dengan Bajet RM1375.50 Seorang

Santai Di Atas Deck

Bagi yang ingin merasai percutian di atas kapal Star Cruises Superstar Gemini, saya akan kongsikan pengalaman dan tips saya ketika saya berada di atas kapal Star Cruises Superstar Gemini..

🛳 Star Cruises Superstar Gemini
🔃 Port Klang – Phuket – Penang – Port Klang
💰 Currency untuk Star Cruise Gemini dalam Ringgit Malaysia.

Sangat la relax, sesuai untuk nak manjakan diri yang sebelum ni sibuk dengan urusan kerja. Pelbaga aktiviti yang ada dekat atas kapal tu sepanjang 4 hari. Makan fullboard 5 hari sehari. Makanan semuanya sedap2. Staff cruise semuanya friendly. Tak rugi pon bayar gratuity, service diorang memang terbaik. Sempat saya berkenalan dengan mereka yg dari China, Philipines & Indonesia. Jangan risau kalau pergi seorang, ramai kawan boleh dapat dekat atas cruise tu.

Check in:

Check in jam 11pagi hingga 1.30pm. Passport check & card access. Passport akan diserahkan kepada pegawai cruise. Fire drill jam 2.300m semua kena berkumpul di level 7 dan ikut nombor group. Nombor ada pada card access.

Restaurant:

1) Mariners Restaurant (International food) HALAL
2) Bella Vista (Western semi buffet) HALAL
3) Oceana Barbecue (Outdoor international dining restaurant) HALAL
4) Dynasty (Chinese buffet)
5) Blue Lagoon (24h dining outlet)

BBQ Malam Hari Pertama di Oceana Barbecue
Dinner di Bella Vista Malam Terakhir

Card access kena bawa masa pergi makan utk swipe dan juga pintu bilik. Untuk wifi pula memang ada atas cruise tapi kena beli. Ada beberapa pakej untuk wifi contohnya social app (whatsapps, ig, fb, tw) kalau yg pakej itu 1 hari (24H) RM30. Pakej full wifi selama 4H dalam RM100 plus.

Persembahan:

Pelbagai persembahan diadakan diatas cruise antaranya Magic Show, The Crew Show, Circus dan lain2 lagi.

Yang nak berjogging boleh jogging di deck 7. nak masuk gym free tapi kena pakai sport wear. Nak karaoke pon boleh.

Paling best sekali kedatangan kami pada hari pertama di Andaman Sea kami disambut dengan kedatangan 2 ekor dolphin 🐬🐬

Dolphin

Ketika di Phuket:

Sampai di Patong Beach, Phuket 3pm kita akan di transit naik boat untuk sampai di jeti. Cruise akan stop di tengah pantai. Sebelum transit kepada yang nak turun tu kena bersiap2 bawa copy passport dan berkumpul di Stardust Lodge untuk mendengar taklimat ringkas dan baru bergerak menuju ke boat untuk transfer ke jeti Kepada yang nak buat Phuket City Tour boleh beli pakej dia atas cruise. ada juga agent2 di jeti Patong Beach yang jual pakej. Kalau nak naik tuk-tuk tu memang ada di jeti. Saya jalan kaki sahaja di sekitar pantai dan Bangla Road sambil menikmati ais krim kelapa hehe. Cruise akan jalan semula jam 9.30pm, so uguys kena naik before 8.30pm utk proses boat transfer ke cruise. kalau lambat akan dicaj. tak silap RM400

Nota:

Sila bawa passport. untuk urusan imigresen. Bawa bersama salinan passport untuk imigresen di Thailand.
*perkhidmatan photostat ada di cruise. RM3.00 sekeping

Ketika di Penang:

Jam 10am, cruise akam sampai di Jeti Pulau Pinang. Dekat sini semua kena buat pemeriksaan imigresen “face to face”. Sebelum keluar dari cruise semua penumpang di minta berkumpul di Stardust Lodge untuk taklimat. Pagi tu dah boleh collect passport di Level 7. Cruise akan jalan semula jam 7.30pm.

Untuk pembayaran gratuity boleh clearkan pembayaran pada malam ke-3. saya sarankan clear segala payment tu pada malam tersebut supaya tidak bersesak pada pagi hari ke-4. Jangan lupa bawa card access ya. mereka akan swipe card untuk pembayaran nanti.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
Close Menu
×

Cart