fbpx
Singapore

Singapore Day Trip – Backpackers Style

Ingin jalan-jalan di Singapore namun hanya ada masa 1 hari? Baca lebih detail perkongsian perjalanan di singapore dan juga tempat yang menarik. H

[SINGAPORE DAY TRIP – BACKPACKERS STYLE]

• A T T R A C T I O N S •

(Free of Charge)
– Merlion Park
– Marina Bay Sand
– Esplanade
– The Helix Bride
– Garden By The Bay
– Kampung Glam
– Arab Street
– Bugis Street
– Masjid Sultan
– Haji Lane
– Chinatown
– Sentosa Island

• I T I N E R A R Y •

🎒7.00 am : Depart from Larkin Terminal

– Lagi awal lagi bagus sebab boleh jalan lama sikit dan tak terkejar kejar
– Ada dua bas boleh naik Causeway Link atau SBS170
– Causeway Link ade 3 route
> CW1 Kranji MRT Station (RM1.90)
> CW2 Queen Street (RM3.40)
> CW3 Jurong East

Boleh pilih nak turun kat mana, Kranji murah sikit sebab tu MRT paling dekat dengan CIQ Singapore. Aku cadangkan turun dekat Kranji then beli tourist pass turun dekat Raffles Place Station. Sebab kalau turun Queen Street kena beratur lama sebab ramai orang.

Tourist pass ni unlimited ride. So tak perlu risau tambang dari Kranji ke Raffles Place tu berapa SGD. Local akan naik bas sbb murah tu yg ramai naik bas terus turun dekat Queen Street. Harap faham hahaha.

🎒9.00 am : Arrive at Merlion Park

* Getting here by MRT : take train to Raffles Place Station

Okay kira average dua jam la nak settlekan imigresen campur jammed ape semua. Tapi ni mmg kena depends on traffic berapa ramai yang masuk Singapore.

Kat sini letaknya Merlion Park yg keluar air dari mulut singa. Tak reti nak pergi sini tanya local people sbb dia bukan betul betul keluar MRT terus sampai sini. Kat sini jugak ade Marina Bay Sand, Esplanade dengan The Helix Bridge. Nak jalan kaki boleh nak naik MRT pun boleh. Kalau naik MRT turun dekat City Hall.

🎒11.00 am : Arrive at Garden by the Bay

* Getting here by MRT : take train to Bayfront Station

Dah settle gambar ape semua gerak pulak pergi Garden by the Bay. Naik kat City Hall Station. Kat sini la bangunan yg macam pokok tu. Memang lawa tempat dia. Kalau jalan jalan kat luar free je takyah bayar. Tapi kalau nak masuk Flower Dome, Cloud Forest, OCBC Skywalk ni semua kena bayar.

🎒1.00 pm : Arrive at Kampung Glam, Bugis

* Getting here by MRT : take train to Bugis Station

Okay kat sini la kita akan sampai kalau naik bas turun Queen Street. Sini untuk shopping souvenir atau makan boleh la. Masjid Sultan pun ade kat sini. Jangan lupa solat sekali. Jalan kaki je pusing area ni. Ade Arab Street, Bugis Street. Dah settle makan solat boleh la gerak ke Sentosa Island.

🎒4.00 pm : Arrive at Sentosa Island

* Getting here by MRT : take train to Harbourfront Station – Buy Sentosa Express Ticket

Sentosa Island ni lebih kepada Fun Island. Ade theme park, pantai dan macam macam lagi. Tapi nak main semua kena bayar. Nak jalan jalan saja pun boleh. Kat sini la USS dengan Palawan Beach. Ade 4 station boleh turun setiap station. Tak boleh guna tourist pass. Kena beli tiket khas. Tiket tu termasuk pergi dan balik.

🎒7.00 pm : Balik JB atau Enjoy Light Show

Kalau nak balik JB boleh turun dekat Bugis Station. Naik bas dari Queenstreet terus ke Larkin. kalau nak enjoy Light Show turun semula kat Bayfront. Light show pukul 7.45 pm. So plan your own trip. Dah settle semua sama je step dia dari Bayfront turun Bugis. Naik bas. Kalau sempat boleh je pusing pusing kat Bugis Street tu. Nak makan ke ikut la. Ok itu sahaja.

• C U R R E N C Y •

On 4th November 2017
– 3.11MYR = 1SGD (Buy)
– 1SGD = 3.09 (Sell)

• E X P E N S E S •

– Tiket bas Larkin-Queenstreet = RM3.40
– Tiket bas Queenstreet-Larkin = 3.50SGD
– Tourist pass = 10SGD + 10SGD (deposit)
– Makan nasi campur+air = 5.5SGD
– Sentosa Express = 4SGD
– Souvenir = 10SGD

Total
= RM3.40+33SGD
= RM106.30 + 10SGD (deposit)

• T I P S & N O T E S •

  1. Sentiasa bawak bekalan makanan dalam beg untuk elakkan kelaparan semasa perjalanan.
  2. Beli makanan/minuman kat Malaysia
  3. Gerak awal pagi kalau boleh
  4. Bas paling awal pukul 4 pagi paling lewat pukul 11 malam
  5. Sentiasa tanya orang sekeliling kalau taktahu jangan buat perangai bodoh sombong
  6. Jangan potong queue. Beratur je kalau panjang pun
  7. Jangan lupa isi borang imigresen seblum beratur. Isi masa beratur pun boleh.
  8. Simpan tiket bas kalau taknak bayar lebih. Sebab akan turun naik bas masa kat imigresen. Ikut je prosedur/signboard
  9. Ikut peraturan sana sebab Singapore ni strict sikit sia sia je kalau kena denda.
  10. Kalau nak masuk uss better tido semalam dekat Singapore
  11. MRT operate sampai 12 malam je
  12. Waktu nak pulangkan tourist pass, make sure pulangkan dalam waktu operation hours. Kalau tak melepas la deposit. Nanti mintak flyers kat kaunter tu.
  13. Okay tu je tak faham boleh pm tepi.
  14. Enjoy your trip okay🤗🤗
Artikel di atas disumbangkan oleh Hanif Hussin. Boleh ikuti beliau di sini. 

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
Close Menu
×

Cart