fbpx
passport-3127934_1280

Tips Dan Cara Untuk Dapatkan Visa China

Hai semua! Kali ni saya nak kongsi tips dan cara untuk dapatkan visa China.

1. Permohonan visa China boleh dibuat secara online disini. Akan keluar paparan seperti dibawah.

2. Setelah keluar paparan seperti diatas, anda dikehendaki klik ‘Enter’ di kotak “Application form”.

3. Kemudian akan keluar “instruction for online visa” seperti diatas. Di sini anda boleh baca satu per satu arahan yang di jelaskan di situ. Selepas itu, anda boleh terus “scroll” sampai bawah dan jumpa butang “AGREE”. Klik butang itu untuk step seterusnya.

4. Seterusnya akan keluar paparan seperti diatas. Untuk makluman, terdapat 2 visa centre iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Anda boleh letak ‘Kuala Lumpur’ untuk kedua-dua lokasi ini. Anda hendaklah memasukkan verification code dan klik 3 pilihan urusan. Untuk permohonan pertama kali, pilih A. Jika anda sudah memohon dan simpan maklumat tapi belum submit, boleh pilih B.

5. Anda perlu mengisi maklumat anda di bahagian “Personal Info”.Isi maklumat yang berkenaan selengkap nya.Tidak perlu risau kerana ia adalah basic maklumat sahaja.

6. Di bahagian 2.2 Intended number of entries, anda perlu pilih jenis visa dan tempoh yang diperlukan. Anda juga diwajibkan menyenaraikan tempat anda akan lawati. Selain itu, anda juga perlu mengisi ruang negara yang dilawati dalam tempoh setahun.

7. Setelah selesai, anda tekan submit dan sila print keluar borang dan terus tandatangan di ruangan bertanda merah.

Sebelum anda ke Visa Centre, pastikan anda telah sediakan dokumen berikut ;

  • Borang visa yang siap tandatangan.
  • Salinan Itinerary flight
  • Salinan passport
  • Gambar background putih 2 Keping
  • Passport sekurangnya valid 6 bulan

8. Urusan di visa center sangat mudah dan lancar. Petugas di kaunter akan check segala maklumat sebelum diberi nombor giliran. Anda akan diberi satu slip untuk urusan collection passport anda. Anda boleh wakilkan pihak lain untuk urusan ini kerana tiada proses biometrik seperti visa India.

Mengikut pengalaman penulis, visa ini mengambil masa 3-4 hari untuk visa normal, kalau urgent boleh pilih express. Bayaran dibuat secara tunai di kaunter semasa collect passport nanti. Refer disini untuk kadar bayaran.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
Close Menu
×

Cart