5H4M Hanoi + Sapa + Mt. Fansipan
Bermula
RM2,890/pax
Jadual Perjalanan
HARI 1: KUALA LUMPUR - HANOI (MM)
- Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Hanoi.
- Aktiviti di Hanoi:
- Melawat Opera House, Hoan Kiem Lake, The Huc Bridge, dan O Quan Chuong Gate.
- Old Quarter (36 Ancient Streets): Nikmati suasana jalan bersejarah yang menawarkan pelbagai kraftangan unik.
- Membeli-belah di Dong Xuan Colorful Market, pasar tertutup terbesar dengan pelbagai barangan termasuk pakaian, aksesori, dan makanan segar.
- Bersolat di Al-Noor Mosque Hanoi, satu-satunya masjid di Hanoi.
- Night Market Old Quarter: Masa bebas untuk membeli-belah atau menikmati masakan jalanan dan suasana unik kawasan ini.
- Bermalam di Hanoi.
HARI 2: HANOI - SAPA (SP/MT/MM)
- Bertolak ke Sapa untuk aktiviti berikut:
- Lao Chai Village: Perkampungan indah dikelilingi gunung dan sawah padi.
- Muong Hoa Valley: Lembah sawah padi terbesar, habitat komuniti etnik Hmong, Tay, dan Red Dao.
- Lawatan ke Black H’mong Village dan Ta Van Village, kawasan etnik tempatan dengan keunikan budaya masing-masing.
- Bermalam di Sapa.
HARI 3: SUN WORLD FANSIPAN - MT FANSIPAN - CAT CAT VILLAGE (SP/MT/MM)
- Lawatan ke Mt. Fansipan, puncak tertinggi Indochina (3,143 meter):
- Naik kereta kabel dan keretapi untuk menikmati pemandangan indah dan flora unik.
- Masa bebas untuk bergambar di Sapa Square dan Sun Plaza.
- Cat Cat Village:
- Perkampungan tradisional abad ke-19 dengan rumah pameran etnik tempatan.
- Lihat keindahan Cat Cat Waterfall.
- Bermalam di Sapa.
HARI 4: MOANA SAPA - SAPA - HANOI (SP/MT/MM)
- Singgah di Moana Cafe Sapa untuk fotografi berlatarbelakangkan pemandangan gunung.
- Kembali ke Hanoi:
- Masa bebas untuk membeli-belah di Night Market Old Quarter.
- Bermalam di Hanoi.
HARI 5: HANOI - KUALA LUMPUR (SP)
- Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Maklumat Tambahan:
- SP: Sarapan
- MT: Makan Tengah Hari
- MM: Makan Malam
Nota Penting:
- Jadual tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.
Semua peserta dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi jadual perjalanan dan mengikuti arahan ketua rombongan. 😊
TERMASUK
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Kereta kabel dan keretapi ke puncak Fansipan.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
TIDAK TERMASUK
- Travel & Covid-19 Insurans
- Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
Butiran lain-lain
- Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000 seorang.
- Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
- Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
- Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
HARGA PAKEJ
Date |
Adult (above 12 yrs) |
Child With Bed (6 - 11 yrs) |
Child No Bed (2 - 5 yrs) |
Single Traveller | Infant |
---|---|---|---|---|---|
20/06/2025 - 24/06/2025 | RM 2,890.00 | RM 2,746.00 | RM 2,601.00 | RM 3,390.00 | RM 800.00 |
11/07/2025 - 15/07/2025 | RM 2,890.00 | RM 2,746.00 | RM 2,601.00 | RM 3,390.00 | RM 800.00 |
07/09/2025 - 11/09/2025 | RM 2,890.00 | RM 2,746.00 | RM 2,601.00 | RM 3,390.00 | RM 800.00 |
19/09/2025 - 23/09/2025 | RM 2,890.00 | RM 2,746.00 | RM 2,601.00 | RM 3,390.00 | RM 800.00 |
26/09/2025 - 30/09/2025 | RM 2,890.00 | RM 2,746.00 | RM 2,601.00 | RM 3,390.00 | RM 800.00 |
FAQ
(Soalan Lazim)
Cuaca dekat Sa Pa dan Hanoi macam mana?
- Hanoi: Cuaca di Hanoi beriklim tropika dengan suhu sederhana. Musim panas (Mei – Ogos) panas dan lembap, manakala musim sejuk (Disember – Februari) agak sejuk, dengan suhu sekitar 15°C.
- Sa Pa: Terletak di kawasan pergunungan, Sa Pa mempunyai cuaca sejuk sepanjang tahun. Suhu boleh turun hingga 0°C pada musim sejuk dan mencapai 20-25°C pada musim panas.
Apa yang best di Sa Pa, Vietnam?
- Landskap semula jadi seperti Muong Hoa Valley, Cat Cat Village, dan Mt. Fansipan.
- Budaya etnik tempatan di Black H’mong Village dan Ta Van Village.
- Aktiviti seperti trekking, menaiki kereta kabel ke Mt. Fansipan, dan menikmati keindahan air terjun.
Boleh saya bayar pakej secara ansuran?
Ya, Dhafir Holiday menawarkan kemudahan bayaran secara ansuran. Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang syarat dan jadual bayaran.
Saya perlu bawa sambal dan pek kembara ke?
Disarankan membawa sambal atau makanan segera halal sebagai pilihan tambahan, terutama untuk mereka yang tidak biasa dengan masakan Vietnam. Pek kembara juga berguna untuk menyimpan makanan dan barangan keperluan kecil.
Berapa suhu dan jenis cuaca di Sa Pa, Vietnam?
- Suhu di Sa Pa:
- Musim sejuk (Disember – Februari): 0-10°C, dengan kemungkinan salji.
- Musim panas (Mei – Ogos): 20-25°C dengan hujan ringan.
- Cuaca di Sa Pa sering berkabus dan sesuai untuk mereka yang gemarkan suasana sejuk.
Apa jaminan Dhafir Holiday tentang makanan halal?
Dhafir Holiday memastikan semua makanan yang disediakan adalah halal dan sesuai untuk pelancong Muslim.
Adakah insurans perjalanan disediakan?
- Insurans perjalanan boleh disediakan dengan caj tambahan
Bila waktu terbaik untuk melancong ke Sa Pa, Vietnam?
- Mac – Mei: Suhu sederhana, pemandangan sawah padi hijau yang subur.
- September – November: Suhu nyaman, musim penuaian sawah padi yang berwarna keemasan.
- Disember – Februari: Untuk pengalaman musim sejuk dengan suasana berkabus dan kemungkinan salji.
Apa tempat menarik di Sa Pa, Vietnam & aktiviti menarik di Sa Pa, Vietnam?
- Tempat menarik:
- Mt. Fansipan, Cat Cat Village, Muong Hoa Valley, dan Black H’mong Village.
- Aktiviti menarik:
- Naik kereta kabel ke puncak Mt. Fansipan.
- Trekking ke kampung tradisional dan sawah padi.
- Menikmati pemandangan air terjun dan keindahan landskap.
Bagaimana jika berlaku kecemasan semasa perjalanan?
Hubungi pemandu atau wakil kami yang bertugas. Nombor kecemasan akan diberikan sebelum perjalanan bermula.
Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (10.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.
Disclaimer :
Dengan menggunakan perkhidmatan atau laman web kami, anda bersetuju bahawa data peribadi anda akan diproses mengikut Polisi Privasi kami. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mengurus data peribadi anda, sila hubungi kami.